Mengenang Pandemik Covid-19 di Kalangan Masyarakat Bandar: Menangani Trauma Kolektif, Mencari Naratif Bersama, Membina Solidariti Sosial

“The past appears to be no longer written in granite but rather in water; new con structions of it are periodically arising and changing the course of politics and history. It is not safely locked up in history books and stowed away in libraries but continually reclaimed as an important resource for power and identity politics.” – Aleida Assmann, “Transformations between History and memory,” Social Research 75, no. 1 (2008): 57.

“From this point of view, it is thus not the objective meaning of events (if anything of the kind be presumed to exist) that matters, but the way they are perceived, the way they are read. Under these circumstances, the fact that some events are perceived as momentous – regardless of whether they are products of symbolic activity or not – gains key importance: the way a sequence of events is interpreted determines the further course of events.” – Boris A. Upsensky, “Historia sub Specie Semioticae,” in Semiotics and Structuralism: Readings from the Soviet Union, ed. Henryk Baran (White Plains: International Arts and Sciences Press, 1976), 64.

“Most people are traumatized as individuals, and as family units, and perhaps also the collectivity of, let’s say, New Yorkers…but the collective of the United States is experiencing a sense of tremendous instability and anxiety because we thought we were a great country — the greatest country. And now we see other countries doing a lot better than we are. So then the question is, who are we then?” – Jeffrey C. Alexander

Kita masih lagi berdepan dengan pandemik Covid-19. “Kita belum menang,” merupakan slogan yang kerap dikumandangkan. Menginsafi keadaan ini, timbul persoalan: adakah kita boleh memahami pandemik ini menerusi kacamata ingatan di kala kita masih bergelut dengannya? Adakah kita boleh mengambil jarak dengan pandemik ini, seterusnya menyatakan bahawa pandemik ini membawa kesan langsung dan nyata kepada kita tanpa perlu melepasi keadaan pandemik ini terlebih dahulu?

Kita boleh mempertikaikan jurang masa yang selalu menjadi ciri utama kepada kajian ingatan. Namun, apa yang pasti, pandemik ini merupakan kemelut bersama yang dihadapi oleh segenap lapisan masyarakat. Pandemik ini boleh diperhatikan dalam konteks ingatan sekiranya kita mempertimbangkan dampak berpanjangan dan mendalam terhadap identiti sosial yang terdapat dalam masyarakat. Dampak ini bukan sahaja membentuk trauma kolektif, tetapi juga kesukaran untuk kita memahami asal-muasal pandemik serta keterbatasan usaha dalam membina solidariti sosial (social solidarity) ke arah menangani kemelut ini.

Malaysia merupakan antara negara di dunia yang mengalami kesan hebat ekoran pandemik ini. Malah, masyarakat bandar di Malaysia adalah kelompok yang paling terkesan memandangkan kepadatan penduduk malaysia serta kerancakan aktiviti dan kadar mobiliti masyarakatnya yang jelas terletak di bandar. Apatah lagi, Malaysia merupakan negara yang dikenali sebagai masyarakat yang paling pesat proses urbanisasi ekoran industrialisasi, modenisasi dan globalisasi. Justeru, pandemik ini telah mengubah bukan sahaja tabiat dan kegiatan penduduk bandar, tetapi juga sedikit sebanyak turut mengubah cara masyarakat bandar berfikir dan bertindak.

Untuk memahami perubahan dramatik akibat pandemik ini, maka kita boleh mengambil perspektif ingatan sebagai kerangka dalam menjelaskan keadaan ini. Konsep ingatan, sama juga dengan konsep trauma, merupakan konsep yang berasaskan kepada perbezaan masa; dalam hal ini membezakan antara pengenangan (remembering) dengan pelupaan (forgetting) (untuk ingatan) dan antara sebelum peristiwa (before the event) dengan selepas peristiwa (after the event) (untuk trauma). Kita boleh mengambil pandemik ini dalam penilaian: mengenang kembali perubahan yang berlaku antara sebelum pandemik dengan selepas/semasa pandemik, di mana artikel tugasan para pelajar serba sedikit membantu dalam memahami perbezaan masa ini. Walau bagaimanapun, dalam usaha untuk memahami pandemik ini menerusi perspektif ingatan dan trauma, maka beberapa pertanyaan yang wajar kita ajukan ialah:

  1. Apakah punca kepada pandemik ini, khususnya di Malaysia?
  2. Dalam konteks tindakan politik dan kesihatan awam, apakah pandemik ini berjaya atau tidak berjaya diuruskan?
  3. Apakah babak-babak semasa pandemik ini yang menunjukkan adanya krisis sosial, politik dan ekonomi di Malaysia?
  4. Siapakah yang menjadi pelaku dan mangsa (pelaku/mangsa daripada kelompok mana) dalam pelbagai babak tersebut?
  5. Apakah terdapat usaha yang cuba mewajarkan kepincangan dan kegagalan dalam pengurusan pandemik?; dan bagaimana naratif yang cuba dibina tersebut tampaknya tidak koheren dan bermasalah?
  6. Apakah wujud inisiatif bawahan (pihak NGOs, individu tertentu, kelompok tertentu, pengguna media sosial) yang cuba mencabar naratif pincang tersebut?
  7. Bagaimanakah inisiatif tersebut berjaya (atau tidak berjaya) menawarkan suatu solidariti sosial yang mana memungkinkan usaha memperbaiki keadaan warga (civil repair) semasa pandemik?
  8. Menyorot kembali pandemik dalam tempoh hampir dua tahun, apakah langkah strategik yang sepatutnya diambil lebih awal bagi meminimumkan dampak pandemik tersebut kepada masyarakat di Malaysia?

Berdasarkan kepada turutan persoalan ini, kita boleh melihat beragam babak/kes yang dalam pengalaman masyarakat Malaysia, khususnya mereka yang mendiami bandar-bandar utama di Malaysia, sewaktu menangani pandemik ini. Kita boleh membangkitkan beberapa persoalan seperti:

  1. Virus ini berpunca dari kegagalan China sekaligus membuka kesan geopolitik dan rasisme dalam pandemik.
  2. Terdapat layanan berbeza semasa pandemik antara golongan berada dengan golongan bawahan yang mana ini mendorong kepada persoalan ketidaksetaraan dan diskriminasi sosial.
  3. Terdapat pengalaman berbeza antara penjawat awam dengan swasta/sendiri semasa pandemik sehingga kuncitara (lockdown) disambut dengan perspektif yang berbeza begantung kepada status ekonomi dan sosial masing-masing.
  4. Wujudnya layanan tidak setara antara mereka yang tidak vaksin dengan mereka yang bervaksin yang mana menimbulkan persoalan mengenai sejauh mana vaksinasi besar-besaran (mass vaccination) tidak mengugat kebebasan warga serta benar-benar merupakan tindakan kesukarelaan.
  5. Andaian terdapat kegagalan kerajaan untuk menghulurkan bantuan yang memadai sehingga mendorong kepada kempen “kita jaga kita”.
  6. Andaian terdapat kegagalan kerajaan untuk menghulurkan bantuan yang memadai sehingga mendorong kepada kempen “bendera putih”.
  7. Tindakan kuncitara telah menyebabkan ruang fasisme terbuka serta wujudnya keterbatasan kepada kebebasan rakyat.
  8. Terdapat golongan pelajar yang tercicir yang menjadikan mereka sebagai generasi yang hilang akibat pandemik.
  9. Terdapat peningkatan kes bunuh diri semasa pandemik yang mana ini menjadi simbol trauma individu/kolektif.
  10. Terdapat peningkatan ketidaktelusan maklumat mengenai pandemik, terutamanya di peringkat awal, seperti persoalan yang melibatkan kos dan syarat pembelian vaksin.
  11. Terdapat NGOs yang memberi bantuan makanan kepada golongan miskin di bandar semasa kuncitara sehingga mencipta suatu solidariti sosial.
  12. Terdapat kelompok anti-establishment yang cuba untuk memperingati mangsa pandemik namun tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa ekoran sebab-sebab tertentu.
  13. Dan banyak lagi babak yang boleh diperhatikan.

Semua yang disebut di atas adalah sebahagian daripada babak/kes yang terdapat semasa pandemik yang menunjukkan kemelut sosial dalam masyarakat Malaysia, terutamanya di bandar. Justeru itu, berdasarkan kepada pilihan atau usulan lain daripada babak yang tersebut, maka cuba nyatakan:

  1. Bagaimana pandemik ini memberi perbezaan kehidupan kepada rakyat Malaysia?
  2. Adakah pandemik ini boleh dianggap sebagai trauma kolektif kepada rakyat Malaysia?
  3. Bagaimana kemelut sosial tersebut boleh muncul dan perhatikan dalam satu kes (babak) tertentu?
  4. Bagaimana usaha dilakukan oleh masyarakat bandar untuk menangani kemelut sosial tersebut?
  5. Sejauh manakah usaha tersebut berjaya (atau tidak berjaya) untuk membantu masyarakat menangani trauma kolektif akibat pandemik.
  6. Apakah nilai yang terbina menerusi usaha tersebut, dan bagaimanakan nilai tersebut dapat dihubungkan kepada solidariti sosial?

Gambarajah Kerangka Esei:

Setiap esei mestilah dinyatakan sekali cadangan tajuk esei, kes yang dipilih dan jumlah perkataan mestilah di antara 750 – 1000 patah perkataan, tidak termasuk rujukan. Jawapan mestilah dihantar di Ifolio UKM sebelum/pada 19 Disember 2021.

Pembolehubah Penilaian Tugasan Individu dan Ujian

Kekemasan (tiada typo; tidak berserabut; tidak memuntahkan fakta/hujah; terdapat penggunaan tatabahasa yang berstruktur dan tepat; menggunakan bahasa Melayu aras tinggi).

Kejelasan (penggunaan istilah yang tepat; terjemahan istilah yang sesuai; tiada penggunaan jargon yang tidak perlu; ada huraian ringkas dan difahami untuk istilah yang tidak popular; ayat yang dibuat tidak tergantung; penyusunan bahasa yang ringkas/ekonomik tetapi padat dan menyerlah; esei dapat difahami maksud keseluruhannya).

Penghujahan (pembentangan hujah yang munasabah dan tersusun; setiap hujah diperkuatkan antaranya dengan bukti, contoh dan perbandingan; tiada pengulangan fakta/hujah yang menjolok).

Organisasi (ada keselarasan antara pendahuluan-isi-penutup; ada keselarasan antara setiap perenggan dengan penggunaan kata penyambung yang sesuai)

Gaya (ada penggunaan/permainan seni bahasa seperti anekdot, bidalan/pepatah/peribahasa, perbandingan dan kutipan yang sesuai; pengenalan istilah baharu yang tepat; tiada tanda-tanda name-dropping)

Plagiat (meniru/ditiru bulat-bulat atau mengolah/diolah daripada esei kawan, menggunakan terjemahan langsung atas talian, menceduk sumber Indonesia/English) akan mendapat markah kosong.

Cadangan sebahagian bacaan tambahan lain untuk ujian:

Alexander, Jeffrey C. & Philip Smith. 2020. ‘COVID-19 and Symbolic Action: Global Pandemic as Code, Narrative, and Cultural Performance’. American Journal of Cultural Sociology. Available electronically from https://doi.org/10.1057/s41290-020-00123-w.

Demertzis, Nicolas & Eyerman, Ron. 2020. Covid-19 as Cultural Trauma, American Journal of Cultural Sociology (2020) 8:428–450.

Cummings, Mike. 2020. Yale’s Jeffrey Alexander on how today’s crises might shape tomorrow. Available electronically from https://ccs.yale.edu/sites/default/files/files/Alexander%20Articles/2020_Yale%20News%20Interview.pdf

Kola, F. Adam. Memory Studies for the Future. Remembering (COVID-19) as Survival Value, Available electronically from http://www.iea.usp.br/en/iea/networks/kola

Adam, Tracy & Kopelman, Sara. 2021. Remembering COVID-19: memory, crisis, and social media, Media, Culture & Society 1–20.

Erll, Astrid. 2020. Afterword: Memory worlds in times of Corona, Memory Studies Vol. 13(5) 861–874.

Collins, Randall. 2020. Social distancing as a critical test of the micro‑sociology of solidarity, American Journal of Cultural Sociology (2020) 8:477–497, Available electronically from https://doi.org/10.1057/s41290-020-00120-z.

Marcus Morgan, Marcus. 2020. Why meaning‑making matters: the case of the UK Government’s COVID‑19 response, American Journal of Cultural Sociology 8:270–323 https://doi.org/10.1057/s41290-020-00121-y.

Kulldorff, Martin & Bhattacharya, Jay. 2021. How Fauci Fooled America, Newsweek, Available electronically from https://www.newsweek.com/how-fauci-fooled-america-opinion-1643839.

Martínez, Lina & Short, John Rennie. 2021. The Pandemic City: Urban Issues in the Time of COVID-19, Sustainability, 13, 3295, Available electronically from https://doi.org/ 10.3390/su13063295.

Berenson, Alex. 2021. Pandemia: How Coronavirus Hysteria Took Over Our Government, Rights, and Lives. Washington: Regnery Publishing.

Markson, Sharri. 2021. What Really Happened In Wuhan: A Virus Like No Other, Countless Infections, Millions of Deaths. New York: HarperCollins.

Alexander, Jeffrey. 2012. Trauma: A Social Theory. Cambridge: Polity Press.

Advertisement