Mengapa “Kehadiran Makna”?

Buku ini bertujuan untuk memberi “nyawa kedua” kepada mereka—manusia dan bukan-manusia (non-human)—yang telahpun pergi. Menerusi pengumpulan semula (recollection) dan penjelmaan kembali (re-enactment) jejak-jejak peninggalan, maka setiap yang berlaku dan berlalu boleh dimanfaatkan oleh generasi semasa. Peranan makna telah memungkinkan perkara ini. Luhmann, makna hakikatnya tidak hadir begitu sahaja. Makna boleh bergelut dengan keadaan ketiadaan makna, kehilangan makna dan ketaksampaian makna.

Advertisement

Naratif Malaysia: Sebuah Tugas Pengumpulan

Perlu kita sedari bahawa tukang kumpul pada awalnya tidak mempunyai motivasi asas pengumpulannya, selain daripada motivasi ringkas seperti minat, hiburan atau apa-apa saja kebetulan. Malah, peringkat awal seorang tukang kumpul adalah dipenuhi dengan ketidaktahuan, ketidakpastian dan kekaburan. Pepatah menyatakan, ignorance is bliss, maka begitu juga dengan tukang kumpul yang permulaan pengumpulannya bermula dengan “initial blindness.” Bahkan, kita boleh pergi lebih jauh dengan menyatakan tradisi kumpul-mengumpul ini sebagai “the basic of human feature”; yang membezakannya hanyalah apa benda yang dikumpul dan apa makna benda yang dikumpulkannya.