Terdapat beberapa pemikir yang giat membincangkan subjek atmosfera, mithalnya Zumthor, Bohme, Pallasma, Anderson dan juga Hans Ulrich Gumbrecht. Buku Gumbrecht, “Atmosphere, Mood, Stimmung: On a Hidden Potential of Literature” yang mengupas “angin dan suasana” (mood and atmosphere) adalah antara rujukan utama dalam subjek ini. Apa yang ingin diutarakan di sini ialah bagaimana konsep atmosfera ini dapat menemukan antara rasa dengan benda. Sebagai contoh: bagaimana senibina dapat mempengaruhi cara fikir manusia? Perihal ini bukan sahaja menemukan bendawi (material) dengan bukan bendawi (immaterial), akan tetapi turut menemukan juga antara aestetik dan moral serta antara kehadiran dan makna.