Persoalannya: apa bezanya antara memori dan sejarah? Mengapa memori memiliki pengaruh yang begitu mendalam, berdaya dan berkudrat dalam tradisi dan budaya sesebuah masyarakat? Apa penting memori? Salah satu jawapannya adalah kerana kekuatan memori untuk menjadi penanda kepada makna dan identiti bagi suatu konteks mahupun kelompok.