Persoalannya: apa bezanya antara memori dan sejarah? Mengapa memori memiliki pengaruh yang begitu mendalam, berdaya dan berkudrat dalam tradisi dan budaya sesebuah masyarakat? Apa penting memori? Salah satu jawapannya adalah kerana kekuatan memori untuk menjadi penanda kepada makna dan identiti bagi suatu konteks mahupun kelompok.
Upacara untuk Peringatan
Meskipun begitu, ritual bukanlah semata-mata mengenai suatu fahaman. Bukan sekadar ideologi. Ritual, lebih dari itu, kalau menurut Alexander lagi, adalah cerminan kuasa yang terdapat pada objek simboliknya. Di sini, objek simboliknya merangka corak berfikir dan berperasaan mengenai masa lalu yang dimiliki bersama (shared past).
Eyerman: Peranan Ingatan dalam Masa Kini
Begitu juga, dalam representasi ini, peranan naratif yang sentiasa disesuaikan dengan konteks-konteks semasa bagi menakrif dan memahami sesuatu keadaan terkini. Malah, naratif juga telah dianggapnya sebagai suatu cara yang berkesan untuk menempuhi peristiwa berat masa lalu sama ada menerusi naratif progresif mahupun naratif penebusan.
Ingatan Global
Pendek kata, sesuatu peristiwa besar dunia sangat berpotensi untuk diingati di tahap global. Lagi-lagi, kalau peristiwa tersebut bersifat traumatik. Ini kerana, peristiwa yang penuh traumatik mampu mengusik rasa kemanusiaan sejagat yang mana ini mengundang rasa kebersamaan yang merentasi sempadan kaum, negara dan wilayah.
Halbwachs: Mengapa Ingatan Ramai?
Dalam terma Halbwachs, cadres sociaux (kerangka kemasyarakatan), manusia adalah tidak terlepas dari melakukan interaksi dan komunikasi dengan lingkungannya. Dan, dengan ini juga, manusia memperoleh makna kehidupannya merujuk kepada pertimbangan yang dilakukannya sewaktu interaksi dan komunikasi tersebut.