
Seminar “Daripada Masyarakat Kita Datang Kepada Masyarakat Kita Kembali” pada 9 Ogos 2022 (Selasa) di Bilik Mesyuarat Bersama LESTARI-IKMAS, UKM ini merupakan siri terakhir telaah buku “Theory of Society” nukilan Niklas Luhmann. Siri terakhir ini akan membahaskan topik khusus mengenai masyarakat yang bersifat swa-huraian (self-description society). Manakala Dr. Mohammad Alinor Abdul Kadir pula merupakan presiden Presiden Persatuan Pendidikan Falsafah dan Pemikiran Malaysia (PPFPM).
Niklas Luhmann merupakan seorang ahli sosiologi sistem dari Jerman. Tumpuan utamanya ialah untuk mentakrifkan masyarakat berasaskan sistem sosial. Berbeza dengan Talcott Parsons dan beberapa ahli teori sistem yang lain, Niklas Luhmann memerihalkan sistem sosial berdasarkan konsep autopoiesis. Konsep yang dipinjam daripada bidang biologi ini bererti swa-penghasilan (self-production). Walau bagaimanapun, Luhmann kemudiannya turut memperkenalkan satu lagi istilah yang mempunyai makna yang sama, yakni swa-huraian. Konsep ini secara khusus diperkenalkan bagi membezakan sistem dengan budaya (culture). Menurut Luhmann, konsep budaya sekian lama terbeban dengan sejarah dan ingatan yang akhirnya menyebabkan konsep tersebut menjadi longgar dan rencam bergantung kepada tema-tema komunikasi yang dimunculkan dalam masyarakat. Justeru itu, kaedah terbaik untuk menjelaskan masyarakat, apatah lagi masyarakat moden, bukanlah dengan konsep yang bersifat longgar dan rencam, tetapi dengan konsep sistem yang berasaskan kefungsian. Ini kerana konsep sistem berupaya memberi batasan pengamatan (observation) sehingga membantu untuk menghuraikan masyarkat dengan lebih baik dan tepat. Sikap Luhmann ini jelas menunjukkan usahanya untuk mentakrifkan masyarakat moden lewat konsep swa-huraian. Claudio Baraldi, Giancarlo Corsi & Elena Esposito (2021) menjelaskan anjakan daripada budaya kepada sistem ini dengan menyatakan:
“The concept of self-description replaces the concept of culture in the history of societal semantics. The concept of culture refers to the supply of possible themes made available in concrete communicative process. This concept has been produced in the history of society as a set of concepts and ideas, and, in particular, it has been linked to the comparison of different memories and traditions, and this to the introduction of cultural diversity within society. The concept of culture has been used in Europe for this purpose since the end of the eighteenth century, stressing the necessity for social memory and comparative analyses of different socieal memories. Thus, cuilture is a concept wjich belongs to the history of society self-descriptions, and should be replaced by the concept of self-description itself.”
Bacaan tambahan (digalakkan):
- Luhmann, Niklas. 2013. Theory of Society (2nd Volume). Stanford: Stanford University Press.
- Luhmann, Niklas. 2000. Art as a Social System. Stanford: Stanford University Press.
- Claudio Baraldi, Giancarlo Corsi, Elena Esposito. 2021. Unlocking Luhmann A Keyword Introduction to Systems Theory. Bielefeld: Bielefeld University Press.
Mereka yang berminat untuk menghadiri Seminar ‘Daripada Masyarakat Kita Datang, Kepada Masyarakat Kita Kembali” boleh mendaftar di bawah:
BORANG PENDAFTARAN