Syed Hussein Alatas merupakan antara pemikir penting di Malaysia. Sumbangan beliau tidak terbatas dalam kajian akademik, malah beliau turut menyumbang kepada ideologi politik yang berasaskan etika. Ini terbukti tatkala Syed Hussein Alatas mengambil keputusan berkecimpung dalam dua gelanggang politik: GERAKAN dan PEKEMAS. Di dalam GERAKAN, beliau bersama-sama dengan dua pemikir penting lain, Syed Naquib Al-Attas dan Wang Gungwu, telah menjadi antara tonggak awal semasa penubuhan parti tersebut.
