Mendung Memali: Suatu Trauma Tanpa Kebudayaan

Memali merupakan suatu peristiwa berdarah di Malaysia. Peristiwa menyayat hati yang berlaku pada 19 November 1985 ini telah disebut sebagai “pembunuhan beramai-ramai” (Tunku Abdul Aziz 2011: 156) dan juga “peristiwa hitam dalam lipatan sejarah negara” (Rahilah & Siti Fathihah 2012: 79). Pada hari tersebut, menurut Riduan & C.N. Al-Afghani (2010), Memali mendung berserta hujan mencurah; seakan bertafakur memperingati darah-darah yang menyimbah bumi. Sebagai bencana yang disebabkan oleh ‘tangan’ manusia, bukan sepertimana beberapa bencana alam (yang bebas pengaruh manusia), peristiwa Memali disorot dengan beban moral yang bingkas membahagikan puak kebaikan dengan puak kejahatan.

Advertisement

Adakah Ashura Sebuah Trauma Kebudayaan?

Trauma kebudayaan, sebaleknya, mengambil unsur rekonstruksi sebagai suatu yang mustahak. Malah, bagi Alexander lagi, trauma boleh sahaja berdasarkan kepada peristiwa yang berlaku mahupun tidak berlaku. Apa yang lebih penting pada trauma kebudayaan ini ialah bagaimana sesuatu peristiwa masa lalu memberi kesan kepada peristiwa masa kini. Bukannya, sebaleknya, seperti yang ditekankan dalam teori trauma biasa-biasa. Pada Alexander, boleh sahaja peristiwa masa lalu yang tidak mempunyai makna pada peringkat awalnya, lalu dari masa ke semasa dicari dan diberi makna oleh kumpulan kecil yang berpengaruh (carrier group)

‘Stimmung’ Agama: Angin-angin dari Mashhad

Terdapat beberapa pemikir yang giat membincangkan subjek atmosfera, mithalnya Zumthor, Bohme, Pallasma, Anderson dan juga Hans Ulrich Gumbrecht. Buku Gumbrecht, “Atmosphere, Mood, Stimmung: On a Hidden Potential of Literature” yang mengupas “angin dan suasana” (mood and atmosphere) adalah antara rujukan utama dalam subjek ini. Apa yang ingin diutarakan di sini ialah bagaimana konsep atmosfera ini dapat menemukan antara rasa dengan benda. Sebagai contoh: bagaimana senibina dapat mempengaruhi cara fikir manusia? Perihal ini bukan sahaja menemukan bendawi  (material) dengan bukan bendawi (immaterial), akan tetapi turut menemukan juga antara aestetik dan moral serta antara kehadiran dan makna.

Chandra Muzaffar – Mengenang Dimensi Politik Syed Hussein Alatas

Syed Hussein Alatas merupakan antara pemikir penting di Malaysia. Sumbangan beliau tidak terbatas dalam kajian akademik, malah beliau turut menyumbang kepada ideologi politik yang berasaskan etika dan moral yang tinggi. Bertitik tolak dari kesungguhannya untuk menyuburkan semangat intelektual dalam politik, Syed Hussein Alatas telahpun berkecimpung dalam dua gelanggang politik: GERAKAN dan PEKEMAS. Di dalam GERAKAN, beliau bersama-sama dengan dua pemikir penting lain, Syed Naquib Al-Attas dan Wang Gungwu, telah menjadi antara tonggak awal semasa penubuhan parti tersebut.

Naratif Malaysia: Sebuah Tugas Pengumpulan

Perlu kita sedari bahawa tukang kumpul pada awalnya tidak mempunyai motivasi asas pengumpulannya, selain daripada motivasi ringkas seperti minat, hiburan atau apa-apa saja kebetulan. Malah, peringkat awal seorang tukang kumpul adalah dipenuhi dengan ketidaktahuan, ketidakpastian dan kekaburan. Pepatah menyatakan, ignorance is bliss, maka begitu juga dengan tukang kumpul yang permulaan pengumpulannya bermula dengan “initial blindness.” Bahkan, kita boleh pergi lebih jauh dengan menyatakan tradisi kumpul-mengumpul ini sebagai “the basic of human feature”; yang membezakannya hanyalah apa benda yang dikumpul dan apa makna benda yang dikumpulkannya.

Interview with Sharifah Munirah Alatas: Syed Hussein Alatas, Political Career and His Attitude Towards Politics

We, his children, saw what politics and politicking did to our father, and it was cruel. But we will offer our help, by educating, spreading the social democratic ideals of our father, to continue applying his ideas to current politics and society, and to help in transforming the backward mindset that exists in the nation. We are also committed to our respective scholarships because it is counter-productive to separate politics from intellectual pursuits. Most of all, we will persist in exposing the ignorant and unethical attitude towards intellectuals and scholarly pursuits, which is the fundamental reason why our political development can never be holistic and sustainable.