Kumpulan Bacaan IKMAS-PPFPM 2022

Buku ini dipilih bagi membuka kefahaman mengenai konsep masyarakat yang berasaskan sistem sosial. Meskipun terdapat beragam teori masyarakat lain, sistem sosial—pada satu tahap tertentu—mampu menawarkan konsep masyarakat yang boleh menautkan kepelbagaian yang terdapat dalam masyarakat moden. Konsepnya ini bukan sahaja meringkaskan kerumitan yang terdapat dalam masyarakat, tetapi turut berupaya untuk mengabungjalinkan pelbagai bidang menerusi perspektif yang bersifat sosiologi. Matlamat di penghujung siri ialah untuk menjawab satu persoalan pokok: "What is holding societies together?"

Advertisement

[Pendaftaran] Mengenang Syed Hussein Alatas: Peranan Intelektual dalam Politik

Syed Hussein Alatas merupakan antara pemikir penting di Malaysia. Sumbangan beliau tidak terbatas dalam kajian akademik, malah beliau turut menyumbang kepada ideologi politik yang berasaskan etika. Ini terbukti tatkala Syed Hussein Alatas mengambil keputusan berkecimpung dalam dua gelanggang politik: GERAKAN dan PEKEMAS. Di dalam GERAKAN, beliau bersama-sama dengan dua pemikir penting lain, Syed Naquib Al-Attas dan Wang Gungwu, telah menjadi antara tonggak awal semasa penubuhan parti tersebut.

[Pendaftaran] Kursus Kajian Ingatan

Keutamaan penyertaan Kursus Kajian Ingatan IKMAS 2020 adalah kepada 20 pelajar pascasiswazah dan ahli akademik muda dari seluruh Malaysia. Peserta berminat boleh mendaftarkan diri via borang atas talian. Seramai 20 pemohon akan dipilih berdasarkan komitmen penuh kursus selama 3 hari serta pertimbangan wajar urusetia. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 6 Jun 2020.

Siri Seminar Kajian Ingatan 2020

SSKI 2020 ini akan diadakan dalam bentuk seminar berkala. Seminar berkala selama dua jam ini akan diadakan secara dwibulanan sepanjang tahun 2020. Setiap pembentangan boleh diadakan dalam Bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris. Sekiranya ada yang berminat, para pembentang boleh hubungi penganjur dan menghantar abstrak pembentangan.