Adakah Ashura Sebuah Trauma Kebudayaan?

Trauma kebudayaan, sebaleknya, mengambil unsur rekonstruksi sebagai suatu yang mustahak. Malah, bagi Alexander lagi, trauma boleh sahaja berdasarkan kepada peristiwa yang berlaku mahupun tidak berlaku. Apa yang lebih penting pada trauma kebudayaan ini ialah bagaimana sesuatu peristiwa masa lalu memberi kesan kepada peristiwa masa kini. Bukannya, sebaleknya, seperti yang ditekankan dalam teori trauma biasa-biasa. Pada Alexander, boleh sahaja peristiwa masa lalu yang tidak mempunyai makna pada peringkat awalnya, lalu dari masa ke semasa dicari dan diberi makna oleh kumpulan kecil yang berpengaruh (carrier group)

Advertisement

‘Stimmung’ Agama: Angin-angin dari Mashhad

Terdapat beberapa pemikir yang giat membincangkan subjek atmosfera, mithalnya Zumthor, Bohme, Pallasma, Anderson dan juga Hans Ulrich Gumbrecht. Buku Gumbrecht, “Atmosphere, Mood, Stimmung: On a Hidden Potential of Literature” yang mengupas “angin dan suasana” (mood and atmosphere) adalah antara rujukan utama dalam subjek ini. Apa yang ingin diutarakan di sini ialah bagaimana konsep atmosfera ini dapat menemukan antara rasa dengan benda. Sebagai contoh: bagaimana senibina dapat mempengaruhi cara fikir manusia? Perihal ini bukan sahaja menemukan bendawi  (material) dengan bukan bendawi (immaterial), akan tetapi turut menemukan juga antara aestetik dan moral serta antara kehadiran dan makna.

Naratif Malaysia: Sebuah Tugas Pengumpulan

Perlu kita sedari bahawa tukang kumpul pada awalnya tidak mempunyai motivasi asas pengumpulannya, selain daripada motivasi ringkas seperti minat, hiburan atau apa-apa saja kebetulan. Malah, peringkat awal seorang tukang kumpul adalah dipenuhi dengan ketidaktahuan, ketidakpastian dan kekaburan. Pepatah menyatakan, ignorance is bliss, maka begitu juga dengan tukang kumpul yang permulaan pengumpulannya bermula dengan “initial blindness.” Bahkan, kita boleh pergi lebih jauh dengan menyatakan tradisi kumpul-mengumpul ini sebagai “the basic of human feature”; yang membezakannya hanyalah apa benda yang dikumpul dan apa makna benda yang dikumpulkannya.

Naratif: Antara “Apa” dengan “Mengapa”

Lihat sahaja museum. Museum adalah manifestasi daripada integrasi antara ingat dan lupa. Museum takkan memaparkan semua bahan sejarah. Museum dipaksa (atau sengaja) memilih bahan-bahan sejarah tertentu. Pemilihan ini (seringkali juga dengan semangat moral/idealogi) bukan sahaja berdasarkan kepada bahan yang tersedia, tetapi juga berdasarkan kepada selera semasa mereka yang berwewenang. Termasuk selera khalayak, yang diandaikan mereka. Termasuk juga keterbatasan ruang yang ada. Ternyata, museum adalah lambang kepada integrasi antara pengenangan dan pelupaan; mengenang bahan tertentu sambil melupa bahan tertentu yang lain. Museum, dalam kata lain, hanya dapat mandiri di atas paradoks pengenangan dan pelupaan.

Reconsidering Jeffrey Alexander’s Cultural Trauma Theory

On good example of this: the propagandization of Indonesia’s distressed episode in 1965—Pembantaian 1965—when the communists or alleged members of the communist party and their family members were brutally exterminated. This was a massive and very organized brutality, carefully planned and enforced top-down by government officials. I would urge you to watch “The Act of Killings” and “The Look of Silence” by Joshua Oppenheimer to get the idea how this distortion of facts—propagandization via media and education (recent times)— leads to failure to attempt at reconciliation, to have meaningful discussion of the past to bring about efforts to eliminate stigmas toward current generations of the communist party members/ alleged members/victims of the that particular time.

Ruang: Fungsi-fungsinya

Ruang dan makna adalah dua dimensi yang mesti dipertimbangkan secara serentak bagi menghasilkan suatu pengamatan yang bersifat kebelakaan (holistic). Keupayaan untuk menghasilkan suatu pengamatan sosial dan budaya yang luas dan mendalam adalah amat dipengaruhi oleh peranan ruang.