Pengenalan
Kajian ingatan (memory studies) merupakan suatu bidang baharu di Malaysia. Walau bagaimanapun, bidang ini sudah semakin popular dalam kajian sains sosial terutamanya di negara-negara Eropah serta negara-negara yang sedang melalui fasa pasca-konflik. Ini kerana kajian ingatan dapat membantu negara-negara tersebut untuk mengukuhkan identiti kebangsaannya—dengan menggunakan pengalaman masa lalu sebagai suatu sempadan, pengajaran serta asas kepada pembinaan negara-bangsa mereka. Identiti kebangsaan yang dipupuk ini, bahkan, telahpun menjadi penggerak yang berdaya tinggi, sehingga ideologi-ideologi besar lainnya turut berdepan cabaran semasa.
Sungguhpun begitu, nilai praktis kajian ingatan terhadap pembinaan negara-bangsa ini hanyalah salah satu daripada demikian banyaknya peranan yang boleh dimainkan oleh kajian ingatan. Butiran yang lain seperti tuntutan pemberian makna [tafsiran, representasi] akibat peristiwa traumatik boleh juga menjadi alasan yang memunasabahkan kepentingan kajian ingatan ini. Selain itu, perginya generasi yang terlibat/menyaksi (witnesses) menambah lagi keperluan adanya kajian ingatan yang dapat merakam pengalaman masa lalu. Usaha ini bukanlah suatu yang mustahil, lebih-lebih lagi dengan bantuan media, sains dan teknologi mutakhir yang menghubungkan peranan arkib/kanun dengan kajian ingatan itu sendiri. Perkembangan ini turut memperkasakan industri perlancongan yang sebahagiannya berkait rapat dengan ingatan (juga nostalgia) menerusi pembangunan, pemeliharaan dan pemuliharaan tempat-tempat bersejarah.
Berasaskan konteks ini, maka kajian ingatan –pada asasnya– bolehlah dirumuskan sebagai suatu kajian yang mempertimbangkan aspek hubungan antara masa (lalu, kini, depan) dengan masyarakat (society). Pertimbangan ini, pada hakikatnya, memang berupaya menawarkan perspektif yang lebih terangkum (inclusive) sehingga dapat merayakan kerumitan (complexity) yang terdapat dalam sesebuah masyarakat tersebut. Rentetan itu, Malaysia sebagai sebuah projek berterusan (ongoing project) boleh mendapat manfaat daripada “memory boom” ini. Hal ini boleh dikesan dengan konteks Malaysia yang terdapat pelbagai budaya, etnik, agama dan latarbelakang—yang mana perbezaan ketara ini menuntut kepada suatu pencarian identiti bersama (shared identity) dan makna bersama (shared meaning). Kajian ingatan adalah “titik mula” serta “titik temu” kepada penerokaan penting buat kemandirian (survivability) Malaysia sebagai sebuah negara-bangsa yang maseh mengkal. Lantaran itu, IKMAS membawa Kursus Kajian Ingatan yang membuka jalan kepada penerokaan yang dimaksudkan.

Objektif
Penganjuran Kursus Kajian Ingatan IKMAS 2020 ini mempunyai objektif untuk memperkenalkan bidang kajian ingatan kepada pelajar pascasiswazah dan ahli akademik muda di Malaysia.
Sasaran Peserta
Penyertaan Kursus Kajian Ingatan IKMAS 2020 adalah terbuka dan percuma kepada orang awam. Walau bagaimanapun, keutamaan penyertaan adalah kepada 20 pelajar pascasiswazah dan ahli akademik muda TERPILIH dari seluruh Malaysia. Peserta berminat boleh memohon dengan mendaftarkan diri menerusi borang di bawah. Kemudian, 20 peserta –yang sedia memberi komitmen untuk ikuti penuh kursus selama 3 hari– akan dipilih dan dimaklumkan. Adalah dimaklumkan juga bahawa pihak urusetia TIDAK MENYEDIAKAN kemudahan penginapan untuk para peserta yang terpilih.
Tarikh tutup penyertaan
6 Jun 2020.
Medium pengajaran
Bahasa.
Tempat Acara
Bilik Mesyuarat LESTARI,
bersebelahan bangunan IKMAS,
43650 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),
Bandar Baru Bangi, Selangor.
Aturcara
6 Julai 2020 (Isnin)
Masa | Tentatif |
09.00 am | Pendaftaran |
09.15 am | Perasmian |
09:30 am | Kuliah 1 |
10.30 am | Minum pagi |
11.00 am | Kuliah 2 |
12.00 pm | Kuliah 3 |
01:00 pm | Makan tengahari |
02:00 pm | Kuliah 4 |
03.00 pm | Kuliah 5 |
04:00 pm | Minum petang |
04:15 pm | Kuliah 6 |
05:15 pm | Bersurai |
7 Julai 2020 (Selasa)
Masa | Tentatif |
09:30 am | Kuliah 7 |
10.30 am | Minum pagi |
11.00 am | Kuliah 8 |
12.00 pm | Kuliah 9 |
01:00 pm | Makan tengahari |
02:00 pm | Kuliah 10 |
03.00 pm | Kuliah 11 |
04:00 pm | Minum petang |
04:15 pm | Kuliah 12 |
05:15 pm | Bersurai |
8 Julai 2020 (Rabu)
Masa | Tentatif |
09:30 am | Kuliah 13 |
10.30 am | Minum pagi |
11.00 am | Kuliah 14 |
12.00 pm | Rumusan kursus |
01:00 pm | Makan tengahari |
Biodata Pensyarah Jemputan – Dr. Reza A. A Wattimena
Merupakan penyelidik di dalam bidang falsafah politik dan kajian ingatan. Beliau memperoleh pendidikan di Sekolah Tinggi Filsafat (STF) Driyarkara Jakarta dan Doktor Falsafah (Ph.D) dari Hochschule für Philosophie München, Jerman. Sehingga kini, beliau menghasilkan beberapa karya seperti “Zwischen kollektivem Gedächtnis, Anerkennung und Versöhnung (2017),” ”Menjadi Pemimpin Sejati” (2012), ”Filsafat Anti Korupsi” (2012), ”Tentang Manusia” (2016), ”Filsafat dan Sains” (2008), ”Zen dan Jalan Pembebasan” (2017-2018), ”Melampaui Negara Hukum Klasik” (2007), ”Demokrasi: Dasar dan Tantangannya” (2016), ”Bahagia, Kenapa Tidak?” (2015), ”Cosmopolitanism in International Relations” (2018) dan berbagai karya lainnya. Beliau secara konsisten menulis di dalam blog http://www.rumahfilsafat.com.
Penutup
Penganjuran Kursus Kajian Ingatan IKMAS 2020 ini akan merintis pembentukan generasi awal kepada kajian ingatan di Malaysia. Selain itu, pengenalan kajian ini turut memberi nilai tambah kepada perspektif sains sosial sedia ada. Lebih daripada itu, pembangunan kajian ingatan turut sesuai dengan hasrat negara yang ingin memperkukuhkan institusi kemasyarakatan menerusi sumbangan para penyelidik dalam bidang sains sosial. Dengan memperkenalkan bidang kajian ingatan di Malaysia, usaha ini dapat dipergiatkan lagi menerusi pembinaan generasi muda penyelidik kajian ingatan serta menjaringkan para penyelidik muda ini dengan rakan-rakan penyelidik di peringkat antarabangsa, sekurang-kurangnya bermula dalam negara-negara ASEAN terlebih dahulu.
Perhubungan
Memory Studies (Malaysia)
Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa (IKMAS)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor, MALAYSIA
Emel: memorystudiesmy@gmail.com
Borang Pendaftaran:
Terbuka untuk 20 peserta yang TERPILIH sahaja. Peserta yang dipilih berdasarkan keutamaan komitmen mengikuti penuh kursus selama 3 hari (6 Julai 2020 – 8 Julai 2020), selain turut dipilih berdasarkan pertimbangan yang wajar oleh pihak urusetia.